Patient Education
Patient Handouts | Parent's Guides | Activity Sheets | Crest Consumer Site | History of Crest | Dental Health Month 2011
title, Gigi Bongsu

   
   
   

Gigi bongsu, atau geraham ketiga, adalah gigi-gigi terakhir yang tumbuh. Kebanyakan dari kita mempunyai empat gigi bongsu, satu di setiap penjuru mulut. Ia selalunya tumbuh semasa zaman remaja kita atau awal dua puluhan.

Kebanyakan masa, gigi bongsu terperangkap atau terimpak dalam tulang rahang atau langsung tidak keluar. Ini boleh menyebabkan kesesakan atau perpindahan gigi lain atau menyebabkan pembentukan kereputan gigi setempat, infeksi, atau penyakit gusi. Gigi bongsu yang terimpak mempunyai posisi yang luar biasa dalam tulang rahang, kadangkala mendatar, yang menghalang mereka daripada tumbuh secara normal.


impak bersudut dan bertulang oleh gigi bongsu
Bersudut, impak bersudut dan bertulang oleh gigi bongsu.
Impak tisu lembut oleh gigi bongsu
Impak tisu lembut oleh gigi bongsu.

Dalam kebanyakan kes, adalah disyorkan gigi bongsu yang terimpak dicabut. Bergantung kepada kedudukan gigi tersebut, pencabutan geraham ketiga atau gigi bongsu boleh dilakukan dalam pejabat doktor pergigian anda, di fasiliti pembedahan pesakit luar, atau di hospital.

PROSEDUR TIPIKAL
Insisi dilakukan untuk menampakkan gigi yang terimpak
Sebuah insisi dilakukan dan tisu lembut di atasnya dan tulang dikeluarkan, menampakkan mahkota gigi yang terimpak itu.
gigi dicabut dan kawasan itu dijahit untuk ditutup
Gigi ini dicabut sepenuhnya atau dipotong secara surgikal ke beberapa kepingan besar, yang boleh dikeluarkan secara berasingan jika keseluruhan gigi tidak boleh dikeluarkan pada satu masa. Kawasan itu ditutup dengan jahitan.

Jika gigi itu tidak terimpak, pencabutan adalah sama seperti dengan gigi lain.

Untuk melegakan sebarang ketidak selesaan dan mengalakkan penyembuhan:

  • Gunakan pek ais pada pipi, berulang kali setiap tiga puluh minit.
  • Kenakan tekanan menggigit dengan kain kasa bersih untuk memberhentikan pendarahan
  • Makan makanan lembut dan minum cecair tambahan
  • Elakkan makanan keras atau rapuh pada kawasan lembut
  • Berus dengan berhati-hati sehari selepas pembedahan
  • Ambil ubat yang berpreskripsi dan ikuti semua arahan
  • Elakkan daripada menggunakan straw minuman untuk mengekalkan darah beku pada soket gigi tersebut.
  • Doktor pergigian anda mungkin mencadangkan penggunaan cucian terapeutik

Hubungi doktor atau doktor gigi anda dengan segera jika terdapat pendarahan berlebihan, bengkak, kesakitan berlanjutan atau teruk, atau demam.

Pastikan anda mengikuti panduan khas jagaan di rumah yang diberikan oleh pakar pergigian anda.





Terms and Conditions  |  P&G Privacy Statement
We adhere to the Better Business Bureau's Privacy Standards © 1996-2009 The Procter & Gamble Company, Cincinnati, Ohio, USA All rights reserved